Friday, December 26, 2008

Di mana?

Untuk mengetahui kedudukan kita di sisi ALLAH (jika merasakan bahawa sememangnya penting untuk tahu), lihatlah kedudukan ALLAH di sisi kita.

Jika hidup kita seharian seputar ibadah pada ALLAH seperti bumi dan bulan mengelilingi matahari, nah, baru boleh kita katakan kerja,belajar, bersukan, tidur, menjaga anak, dan apa sekalipun yang kita lakukan, kita niatkan ibadah.

Contoh, azan solat zuhur pukul 1.30, kita cari jalan agar kita boleh ke masjid atau solat di surau pejabat dengan rakan2 kerja seawal waktu yang mungkin, maka itu kan sesuai dengan apa yang kita niatkan supaya kerja kita menjadi ibadah. Kita sememangnya tidak mahu kerja kita menjadi 8 jam membuang tenaga dan imbuhan yang kita peroleh hanya gaji dan tidak pahala untuk 8 jam yang ALLAH izinkan untuk kita bekerja.

wALLAHu'alam.

Labels:

Saturday, December 20, 2008

nafas baru

Maaf,lama tak update,yang koleksi lama juga masih ada,nanti saya cuba postkan kembali.

moga sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja khususnya anda. =)

Moga kita sama2 istiqamah,amiin.

Labels:

Saturday, March 11, 2006

sambutlah...

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

dipetik dari: radio institut kefahaman islam malaysia(IKIM)

Saturday, February 11, 2006

semuanya bermula dengan...

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab:70-71]

begitu hebat ayat² Quran, dan hanya utk orang-orang yg dipilih oleh ALLAH sahaja dapat memahami inti ayat² Quran..

wa kulu kawlan sadida, phrase ini mengajak manusia yang ingin beriman serta yang dah beriman dengan ALLAH agar menyebarkan risalah Rasulullah SAW ini menggunakan perkataan...apa sahaja jenis perkataan....lisan/tulisan/iklan tv atau apa sahaja...

kemudian baru ALLAH katakan, yuslih lakum a'malakum...nescaya ALLAH memperbaiki amalan-amalan orang yg telah memilih untuk melaksanakan kulu kawlan sadida...kemudian diampunkan dosa-dosa oleh ALLAH...itulah kemenangan yang besar....masya-ALLAH..

aku selalu tertanya bagaimana untuk merasakan nikmatnya beramal...tak sangka 2 ayat inilah jawapannya...

jadi,pra syarat utk diperbaiki amalan-amalannya dan diampuni dosa ialah bertaqwa pada ALLAH (termasuk mencuba dari masa ke semasa untuk meningkatkan amalan kita...) serta menyebarkan risalah agung ni...

wALLAHu'alam

hasbunaLlahu wani'mal wakiil...

Wednesday, December 07, 2005

construction

Assalamu'alaikum..

blog ini sedang re-construct.

seribu kemaafan atas apa-apa kekeliruan yg telah ditimbulkan pada pihak tertentu.
dari hari ke hari,kita meningkat dewasa,insya-ALLAH kita juga meningkat kefahaman kita mengenai islam.tertarik dgn satu artikel yang pernah dibaca;

"Kita melihat Saidina 'Umar melalui zaman islamnya yang hebat,bukan melalui zaman silam jahiliyyahnya yang pekat tapi sayangnya pada harini kita menilai manusia melalui zaman silamnya dan bukan pada zaman di mana dia berada dan cuba berubah ke arah lebih baik dari hari ke hari"

harap maaf dan terima kasih atas kesabaran semua.

moga ALLAH melimpahkan kebaikan pada semua..amiin..

wALLAHu'alam
wassalam

a new chapter..insya-ALLAH..